Tuesday, 4 October 2016

Sejarah Ukur Bahan di Malaysia


Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek

Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.

Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.

Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Ijazah.





Thursday, 17 March 2016

MENCIPTA SATU SEJARAH



Alhamdulillah..
Setelah 3 tahun berjuang dalam Diploma Ukur Bahan di Politeknik Kota Bharu.
8/3/2016 telah menjadi sejarah dalam hidup aku kerana telah dikurniakan segulung Diploma.

Terima Kasih kepada Ummi dan Ayah yang telah banyak habiskan banyak kewangan untuk aku belajar.


Selepas ini mungkin akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
In shaa Allah...aamiin. 





Saturday, 17 August 2013

saya rindukan awak

AWAK....
Sudah lebih seminggu awak tidak hiraukan saya. saya sunyi sangat awak. hati saya kosong sangat. awak,adakah awak bahagia buat saya macam ini. saya sayang awak sangat. saya selalu berdoa agar kita bersatu balik. awak,tolonglah buka hati awak untuk menerima saya balik. saya merayu pada awak.
saya sunyi sangat-sangat. saya cintai awak sepenuh hati saya.



Friday, 11 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru!!
sorry guys sbb lmbt sikit wish....maklumlah,skrg ni bz dgn assignment...haha.
nk brubah jd rajin kot...huhu.
korang mesti ada azam masing2 an??
Azam aku tuk tahun 2013 ini adalah
tuk bersama dia n nk buat yang terbaik dlm hubungan.
aku jgk nk brjaya dalam pelajaran..insyaallah.
aku byk buat org lain sakit hati...aku cuba nk ubati sakit hati tu...
aku harap azam aku akn mnjadi kenyataan...amin


FREE PALESTIN!!



Thursday, 27 December 2012

Penang Char Kuey Teow


Bahan-bahan ( 2 org )
·         * UTK PASTE *
·         200 gm udang
·         250ml air
·         4 ulas bawang putih di ketuk
·         6 sb sos tiram
·         3 sk kicap pekat
·         3 sb kicap manis
·         1 sk petis
·         2 sb pati ikan bilis / pati udang
·         2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
·         1 sk gula
·         * UTK MEE *
·         300 gm kuey teow
·         1 sb cili boh
·         kerang
·         sedikit kucai & taugeh
·         2 biji telur

Cara-cara
1.    UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2.    Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3.    UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4.    Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5.    **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
[]’

Monday, 24 December 2012

nothing

hai guys..
sorie sbb dah lama x update...sy pn xthu nk update ape..
sy nk cite perkembangan trkini...sy dah bljr di tmpat lain...alhamdulillah..sy nmpak pluang cerah di tmpt baru...harap2 sume ok.
:)

Wednesday, 24 October 2012

saya hanya ada awak

Assalamualaikum semua...
dah lama x update blog ni...sorry guys.

saya nak cite sal dia.....saya ada dia sjak april 2011...saya x terjangka yang saya akan ada dia menemani saya....mula2 kami knl la gitu2...tp ble dkt seminggu knl..jd nk jalinkan hbgn....

ble dah jalinkan hbgn...kami pn makin rapat...cite sal masing2...
cinta dan sayang mula berputik...dgn izin Allah...kami masih kekal...

dan saya doakan hbgn kami berkekalan ke syurga.....

saya ingin tujukan pada dia....yang saya hanya cintakan awak seorang...saya hanya sayangkan awak.
awaklah yang terindah dalam hidup saya...tiada siapa pn dapat bahagiakan saya selain awak.